Sunday, 5 April 2015

Pengajian Sepanjang Hayat (PSH)





PENGENALAN SEKSYEN PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Ø   Pengajian Sepanjang hayat ini adalah cetusan idea daripada beberapa tokoh pimpinan pada sekitar tahun 2007.Antara salah seorang daripada ahli perbincangannya adalah Y.A.D Dato Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa

Ø  Pengajian ini telah dijalankan di seluruh negeri selangor dibawah kelolaan Pegawai Pengajian Tinggi dan Sepanjang Hayat yang berpusat di Ibu pejabat JAIS di Shah Alam.

Ø  Pada mulanya, pihak JAIS telah bekerjasama dengan pihak Unversiti Malaya dan Pusat Bahasa Arab Selangor dalam menjalankan program ini tetapi kerjasama ini akan ditukarkan kepada KUISCELL iaitu salah sebuah anak syarikat Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS )

Ø  Tenaga pengajar untuk program persijilan awam ini adalah yang mempunyai sekurang-kurangnya IJAZAH SARJANA MUDA di dalam bidang kemahiran mereka.

Ø  Pada Tahun 2013, JAIS telah membahagikan pengendalian Program Pengajian Sepanjang Hayat ini kepada 9 iaitu satu pegawai bagi setiap daerah.

Ø  Program pengajian yang dijalankan dibawah unit pengajian sepanjang hayat ini adalah seperti berikut :-

v  Pengajian Awam Syariah
v  Pengajian Awam Usuluddin
v  Pengajian Awam Bahasa Arab

Ø Program pengajian ini terdiri daripada 4 modul/semester dan di dalam setiap modul/semester ini hanyalah sebanyak 13 minggu.Masa yang diperuntukan untuk setiap minggu hanyalah selama 3 jam sahaja .

Ø Yuran yang dikenakan hanya RM 220 sahaja untuk setiap modul/semester

Ø Setelah tamat 13 minggu pengajian, peserta akan diberikan rehat selama 2 minggu untuk membuat ulangkaji dan selepas itu akan diadakan peperiksaan untuk menilai sejauh mana kefahaman peserta dalam memahami ilmu yang disampaikan

Ø Untuk melengkapan program pengajian persijilan awam ini, peserta mestilah menghabiskan keseluruhan 4 modul/semester ini.Setelah tamat pengajian, peserta akan diraikan di dalam satu majlis konvokesyen untuk menerima sijil graduasi

Ø Sekiranya peserta mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit di dalam matapelajaran yang diambil, peserta layak untuk memohon pengajian di peringkat diploma pengajian islam di KUIS

Sekiranya peserta mendapat sekurang-kurngnya 5 kredit, peserta layak untuk memohon pengajian di peringkat asasi/ijazah di pusat pengajian islam KUIS              

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Seksyen Pengajian Sepanjang Hayat, Bahagian Pendidikan Islam JAIS